Slide 3Dalam suasana kegawatan ekonomi yang di hadapi oleh Negara ketika ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Justeru, GOLDEN EYE’s CLUB ( GEC )mengambil inisiatif menggerakkan aktiviti ekonomi dengan menganjurkan PROGRAM USAHAWAN GOLDEN EYE's( PUGE )sebagai satu usaha bagi membantu negara menangani masalah ini amnya dan meringankan beban masyarakat khasnya.
PROGRAM USAHAWAN GOLDEN EYE’S( PUGE ) dengan KONSEPPERKONGSIAN BIJAK adalah suatu cara yang membolehkan anda memulakan dan menjalankan perniagaan bersama-sama serta berkongsi ILMU DAN PERNIAGAAN.
Selain daripada menimba ilmu-ilmu keusahawanan, disamping menjalani latihan perniagaan, anda juga berpeluang membina rangkaian perniagaan.
UNIKnya, di dalam PROGRAM USAHAWAN GOLDEN EYE’s( PUGE ), anda akan menyedari terwujud suatu perniagaan di dalam perniagaan yang membolehkan anda menikmati pelbagai faedah dengan percuma pada masa hadapan.
Usahawan DINAMIKpula adalah mereka yang proaktif, inovatif, kreatif, produktif serta berkemampuan untuk mencipta dan melaksanakan sesuatu dengan jayanya. Mereka juga berkebolehan untuk melihat mengenalpasti dan merebut peluang-peluang perniagaan, seterusnya menterjemahkan peluang-peluang tersebut untuk memaksimumkan keuntungan serta faedah ekonomi.
Keseluruhannya, PROGRAM USAHAWAN GOLDEN EYE’s( PUGE )yang dianjurkan adalah suatu PROSES PEMBANGUNAN INSANyang merupakan penyelesaian total ke arah keusahawanan. Ia memberi jalan keluar atau sebuah gelanggang bagi menimba ilmu, membuka minda, membentuk jaringan, synerji, kombinasi dan meminimakan risiko selain keselesaan dan sokongan.
Dan akhirnya ia mewujudkan seorang Usahawan Profesional, Cemerlang, Jutawan sebenar yang beriman dan bertaqwa, mempunyai imej, keperibadian, kuasa serta kebebasan.
GEC berusaha menyediakan sebuah Platform
menghubungkan Ahli dengan Dunia Keusahawanan.
Dasar pandangan GEC 10 tahun maju kehadapan.
Idea-idea baru sentiasa dirancang dan dilaksanakan
seiring dengan peredaran zaman dan kehendak semasa.
' FUTURE THINKING '
-->UNIT PERANCANG EKONOMI
Merancang strategi-strategi baru
dalam rancangan ekonomi.
Pilihan ekonomi yang dapat meransang
pertumbuhan ekonomi usahawan GEC.
PORTFOLIO SUMBER MANUSIA
Menyediakan Kursus intensif Keusahawanan dan Kepimpinan
bagi mendidik Usahawan Terbilang.
Membuka ruang prospek keusahawanan sebagai karier masa depan.
' Akademi Pemimpin GEC '
Ahli-ahli berpeluang menyertai projek-projek GEC.
Pertanian / Perikanan / Peladangan /
Penternakan / Perkilangan / Peruncitan / MLM
Ahli-ahli akan mendapat khidmat nasihat daripada
pakar-pakar berkaitan industri yang berkenaan.
Berpeluang menghadiri seminar-seminar atau bengkel-bengkel
untuk mempertingkatkan pengetahuan mengenai keusahawanan.
-->
PENGENALAN
Alam Keusahawanan penuh dengan pelbagai cabaran.
Usahawan yang inginkan kejayaan mesti
mampu menghadapi apa jua cabaran.
Cabaran di dalam dunia perniagaan perlu dihadapi
dan dicari jalan penyelesaian,
agar tidak menghalang usaha-usaha pembangunan
sesebuah organisasi perniagaan.
Usahawan yang berdaya saing menangani
cabaran dengan mencari dan merealisasikan
idea-idea baru secara inovatif, proaktif serta
merangka strategi alternatif yang lebih kreatif
bagi mencipta dan melaksanakan sesuatu dengan jayanya.
Mereka juga berkebolehan untuk melihat,
mengenalpasti dan merebut peluang-peluang perniagaan,
seterusnya menterjemahkan peluang-peluang
tersebut untuk memaksimumkan keuntungan dan faedah ekonomi.
PROGRAM USAHAWAN GOLDEN EYE’s
yang dianjurkan ini diadakan adalah sebagai satu usaha bagi
membentuk dan melahirkan usahawan-usahawan yang cekal,
dinamik dan berdaya saing serta tahan menghadapi cabaran.
Melalui intipati-intipati yang terkandung dalam
modul kursus asas ini, diharapkan para peserta
mendapat suatu pengalaman dan pengetahuan baru
dalam menjalankan atau memulakan perniagaan masing-masing.
OBJEKTIF
Tujuan perlaksanaan kursus ini adalah untuk
mengembangkan kualiti manusia yang
dapat mengendalikan perniagaan dengan cekap,
menggunakan akal fikiran, memenuhi keperluan masyarakat,
bertanggungjawab dan mendapat keuntungan
yang maksimum melalui objektif pembelajaran seperti berikut :
Melahirkan seberapa ramai usahawan professional.
Menjana minda peserta untuk mengenalpasti
dan menganalisis potensi diri bagi menghadapi
cabaran dunia keusahawanan dan perniagaan.
Mendedahkan para peserta kepada kemahiran
pentadbiran dan pengurusan perniagaan,
pemasaran, kewangan, inventori ( stok )
juga kemahiran menyediakan Rancangan Perniagaan
( Kertas Projek )
Menyumbangkan ruang penyelesaian
kepada masalah-masalah keusahawanan.
Mendedahkan peluang-peluang pinjaman
dan sumber modal daripada institusi berkaitan.
Membuka ruang kepada para peserta untuk
mengintai peluang-peluang perniagaan
yang berdaya maju untuk dilaksanakan.
Memberi kesedaran kepada para peserta
bahawa kerjaya sebagai seorang USAHAWAN
itu sesuatu yang mulia, bernilai tinggi dan mampu
menggerakkan kemajuan sesebuah Negara
bagi meringankan beban masyarakat.
FAEDAH
Peserta akan mendapat makluman di mana
sumber modal dan peluang pinjaman boleh diperolehi.
Pengetahuan yang baik dan mendalam
mengenai dunia keusahawanan dapat diketahui.
Peserta berpeluang untuk membentuk suatu
jaringan perniagaan di kalangan masyarakat
usahawan bagi memajukan lagi perniagaannya.
Membantu peserta untuk mengenalpasti
dan memilih peluang-peluang perniagaan.
Memberi idea-idea baru untuk memudahkan
para peserta mencari jalan keluar yang lebih
sempurna dalam usaha membebaskan diri
daripada masalah yang dihadapi.
PORTFOLIO NETWORKING
-->
APA ITU NETWORKING ?
Istilah ini merujuk kepada sebuah sistem bisnes dan sosial
dimana pemasaran produk atau jasa dilakukan
oleh individu yang independen
(ertinya tidak terikat kontrak kerja makan gaji).
Individu ini lalu membentuk sebuah jaringan kerja
untuk memasarkan produk atau menaja.
Dari hasil penjualan peribadi dan jaringannya,
setiap bulan syarikat akan memperhitungkan bonus
atau komisyen sebagai hasil usahanya.
.
Kerana ianya dijalankan menggunakan mekanisme
pemasaran di jaringan, maka NETWORKING disebut
juga dengan Network Marketing.
Para pelaku tersebut disebut Networker.
Jadi, sebagai seorang Networker yang menjalankan
Network Marketing melalui syarikat.
PORTFOLIO EKONOMI
-->
MATLAMAT
SETELAH SATU KESEDARAN DI AMBIL BAHAWA
BETAPA PENTINGNYA MAKLUMAT DAN GALAKAN
KEPADA MASYARAKAT TERUTAMA BELIA
MEREBUT KEKAYAAN NEGARA YANG SEDANG
MEMBANGUN BAGI MENCAPAI NEGARA
MAJU MENJELANG TAHUN 2020 DALAM BENTUK EKONOMI.
BIRO INI JUGA BERPERANAN SUPAYA
MASYARAKAT DAPAT BERDIKARI BAGI
MENINGKATKAN TARAF HIDUPNYA SENDIRI
TERUTAMA MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA.
SASARAN SENARAI KEGIATAN EKONOMI GEC IN FUTURE
NETWORKING
KEDAI BORONG
KEDAI RUNCIT
KEDAI MEMPROSES AYAM
KEDAI BUAH-BUAHAN
KEDAI GUNTING RAMBUT
KEDAI KASUT
KEDAI PAKAIAN
KEDAI BUKU
RESTORAN MAKANAN LAUT
INTERNATIONAL FOOD COURT
INTERNET CAFÉ
PERUSAHAAN MAKANAN
PERUSAHAAN MINUMAN
PERUSAHAAN PAKAIAN
PERUSAHAAN PERALATAN
PERUSAHAAN HARDWARE
PEMBORONG PERTANIAN
PEMBORONG PENTERNAKAN
PEMBORONG MAKANAN
PEMBORONG PAKAIAN
PEMBORONG AM
PENGUSAHA TAPAK SEMAIAN
PENGUSAHA BAKA TERNAKAN
PENGUSAHA STESEN MINYAK
PENGUSAHA PENGANGKUTAN
BENGKEL BAIKI KENDERAAN
BENGKEL KAJISAWAT ELEKTRIK
BENGKEL PERABOT
BENGKEL TELEFON BIMBIT
KONTRAKTOR BINAAN
KONTRAKTOR LANSKAP
PEMBEKAL ALAT TULIS
PEMBEKAL ALAT KESELAMATAN
PENIAGA PASAR MALAM / TANI / PAGI
FOODS KATERING
MENJUAL KENDERAAN BARU
MENJUAL KENDERAAN TERPAKAI
SEWAAN PERALATAN
SEWAAN KENDERAAN
SEWAAN HARTANAH
PERUNDING AM
PERUNDING PELABURAN
Slide 35
-->
PORTFOLIO PERTANIAN
-->
WAWASAN
Menyahut seruan kerajaan dalam meningkatkan
bidang pertanian dan ternakan sebagai
penyumbang utama pengeluaran
makanan secara komersial.
OBJEKTIF
Untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan taraf hidup.
Mengubah corak pertanian / penternakan tradisi
kepada pertanian / penternakan moden dan berteknologi.
Penggunaan tanah pertanian secara optimum.
Mengekalkan kawasan hijau.
Slide 33
-->
PORTFOLIO KESELAMATAN
-->KESELAMATAN ANTI DADAH
MATLAMAT
Untuk memastikan keamanan di kawasan terpelihara
dan penduduk hidup dalam keadaan aman dan sentosa.
TUJUAN
Memupuk semangat mencintai insan yang dalam kesusahan.
Mendidik dalam keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Membantu kerajaan bagi mengekalkan
keselamatan negara dari anasir yang tidak sihat.
Menyedarkan rakyat pentingnya tanggungjawab
kepada keselamatan negara.
Membasmi dan mengawal penyalahgunaan dadah
supaya tidak merebak di seluruh kawasan setempat dan negara.
Pentingnya semangat kejiranan dalam menghadapi
masalah keselamatan penduduk setempat.
Slide 31
-->
PORTFOLIO SUKAN
OBJEKTIF
Menyelaras kegiatan-kegiatan yang di anjurkan
oleh pertubuhan sukarela dan politik di kawasan
supaya penyertaannya meliputi seluruh penduduk belia setempat.
Menganjurkan kegiatan-kegiatan secara berpusat
supaya ianya dapat di kendalikan dengan lebih sistematik.
Belia-belia yang tidak menyertai mana-mana
pertubuhan sukarela dan politik dapat menyertai
kegiatan-kegiatan yang dianjurkan oleh biro.
Menyerapkan belia remaja menyertai
persatuan-persatuan sukarela supaya
dapat bergiat secara langsung.
Mengelakkan belia remaja terlibat dalam
kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah.
-->
-->
PORTFOLIO KEBUDAYAAN
DEFINASI
Kebudayaan merupakan tinggalan atau warisan
satu-satunya kaum yang direkacipta oleh
orang zaman nenek moyang kita dengan pelbagai tujuan ;
antaranya :
Hiburan mengisi masa lapang
Mengumpul ahli dalam masyarakat
Mengembangkan permainan budaya sambil
menghayati cerita, lagu yang berunsur
agama sebagai satu dakwah.
Hari ini permainan kebudayaan tradisi
Melayu hampir pupus.
Jika ini berlaku maka tidak ada
orang yang akan menggantikan
“ Warisan Budaya “ tradisi ini.
Orang-orang lama (tua) yang mempunyai
kemahiran ini tidak dapat meninggalkan pengetahuan
kepada generasi muda yang sepatutnya dapat
mengambil alih apabila ketiadaan mereka.
OBJEKTIF
Mengekalkan kebudayaan penduduk tempatan.
Memajukan dan mengembangkan kepada remaja
dan belia sebagai satu pasukan pelapis.
Mengumpulkan belia dan remaja supaya dapat
memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.
Mewujudkan satu kehidupan masyarakat yang
saling hormat menghormati, bekerjasama melalui aktiviti kebudayaan.
Memastikan kesinambungan kebudayaan tradisi masyarakat desa.
AKTIVITI-AKTIVITI IBADAT & RIADAH GEC
GEC juga telah merangka pelan untuk mengadakan
aktiviti-aktiviti yang menarik untuk ahli-ahli seperti
berkhemah, mendaki gunung, lawatan ke dalam dan luar Negara,
ekspedisi, berkayak, menunaikan fardhu Haji dan sebagainya.